
Jumlah Dana Terkumpul
RM 55,000/ RM 100,000
Sedekah Subuh, Meluaskan Pintu Rezeki
Sedekah & Wakaf Bagaikan Air Mengalir
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (Riwayat Muslim).
Ramai anak muda bercita-cita untuk menjadi hafiz al-Quran sambil cemerlang dalam akademik. Mereka mahu belajar dalam suasana yang tenang, selesa, dan lengkap agar d apat memberi tumpuan penuh kepada pelajaran dan hafazan.
SMITI Tahfiz Tok Guru berusaha menyediakan kemudahan dan keperluan terbaik untuk anak-anak ini, tetapi kami memerlukan sokongan anda untuk memastikan mereka dapat belajar tanpa sebarang kekurangan.
Setiap ringgit yang anda sumbangkan adalah satu langkah untuk melahirkan generasi hafiz yang cemerlang, alim, dan rabbani. Jom kita bersama-sama realisasikan impian mereka!
Ramai yang tanya kami, apa keistimewaan SMITI Tahfiz Tok Guru?
Untuk makluman anda, Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru merupakan satu-satunya SMITI di Kelantan serta merupakan SMITI pertama di Kelantan yang terletak di daerah Pasir Puteh, Kelantan.
Para pelajar tahfiz di SMITI diberi peluang untuk mendalami 4 kurikulum utama;
1 Kurikulum Hafazan 30 Juzu’ al-Quran
2 Kurikulum Arus Perdana (KSSM)
3 Kurikulum Pengajian Islam -Pengajian Turath Islami
4 Ilmu Agropreneur - bidang pertanian & penternakan

1 Masjid Perlu Penyelenggaraan
2 Tempat Wuduk Tidak Cukup Selesa
Pelajar perlu mengambil wuduk di tempat yang kurang sesuai dan tidak begitu selesa. Tempat wuduk baru diperlukan supaya mereka dapat bersuci dengan lebih baik sebelum beribadah.
3 Keperluan Sekolah & Asrama Terhad
4 Kos Pengurusan Sekolah Meningkat
Sekolah menghadapi defisit bulanan hampir RM5,000, yang memberi kesan kepada kelancaran operasi harian dan kebajikan pelajar serta tenaga pengajar.
Kami mahu menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk mereka, tetapi kami tidak boleh lakukan ini sendirian. Jom bersama-sama kita bantu mereka!
Lokasi Kami
SMITI Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh, Kelantan Kampung Wakaf, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Koordinat
5.8480436,102.3404901
Atau anda juga boleh buat carian lokasi SMITI Tahfiz Tok Guru di Waze atau Google Maps.
Luaskan Rezekimu Dengan Bersedekah
Jana Pahala Berpanjangan Dengan Wakaf dan Infaq bersama Anak Tahfiz
Peluang Berwakaf Untuk Anda
Dengan ini, kami membuka peluang untuk anda berwakaf bagi Pembinaan Asrama Fasa 2 di SMITI dengan beberapa pilihan pakej wakaf .
Pakej Wakaf E - RM10
Pakej Wakaf D - RM30
Pakej Wakaf C - RM50
Pakej Wakaf B - RM100
Pakej Wakaf A - RM500
Setiap Kebajikan Mereka, Amal Jariah (Pahala Berterusan) Buat Anda
Bayangkan, setiap kebajikan yang anak-anak pelajar SMITI Tahfiz Tok Guru laksanakan termasuk menghafaz al-Quran dengan baik, setiap bait huruf al-Quran yang dibaca & setiap ilmu yang dipelajari dan diamalkan mereka mampu menjadi amal jariah (berterusan) buat anda disebabkan derma dan wakaf yang anda salurkan secara ikhlas khas buat mereka sehingga mereka mampu belajar dengan baik.
Moga-moga amal jariah (pahala berterusan) inilah yang mampu menjadi saham akhirat serta bantuan buat kita ketika bertemu dengan Allah Taala di akhirat kelak.



____ _______
Info Ringkas
1 Bagi wakaf online mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2 Nilai wakaf anda adalah termasuk RM1.00 caj payment gateway Toyyibpay (online banking) atau 3% + RM1 caj payment gateway Stripe (bagi pembayaran menggunakan kad debit atau kredit).
3 SMITI Tahfiz Tok Guru diuruskan oleh Pusat Tahfiz Turath Tok Guru. Nama pada akaun bank adalah menggunakan nama " PUSAT TAHFIZ TURATH TOK GURU ".
.

Sila masukkan perkataan " wakaf " pada bahagian reference bagi memudahkan proses agihan sumbangan.
1 Pilih pakej wakaf anda pada borang di bawah.
2 Masukkan nama, emel dan no. telefon anda.
3 Pilih perbankan dalam talian untuk pembayaran secara online.
