Sedekah Subuh & Sedekah Jumaat, Raih Keuntungan Luar Biasa
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
“Tidak ada satu Subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”.........”(HR Bukhary 5/270)
.
Ayuh Sedekah Subuh pada hari Jumaat yang mulia ini dengan berwaqaf
bersama SMITI Tahfiz Tok Guru Demi Keselesaan Anak-anak Tahfiz Kita
Dana Wakaf
Pembangunan Asrama Pelajar Tahfiz
SMITI Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh, Kelantan
Apa yang menarik di SMITI Tahfiz Tok Guru?
Ramai yang tanya kami,
apa keistimewaan SMITI Tahfiz Tok Guru?
Untuk makluman anda, Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru merupakan satu-satunya SMITI di Kelantan serta merupakan SMITI pertama di Kelantan yang terletak di daerah Pasir Puteh, Kelantan.
Para pelajar tahfiz di SMITI diberi peluang untuk mendalami
4 kurikulum utama;
1. Kurikulum Hafazan 30 Juzu’ al-Quran
2. Kurikulum Arus Perdana (KSSM)
3. Kurikulum Pengajian Islam -Pengajian Turath Islami
4. Ilmu Agropreneur - bidang pertanian & penternakan
Menarik kan?
Di Mana Lokasi SMITI Tahfiz Tok Guru?
Alamat SMITI Tahfiz Tok Guru: Kampung Wakaf, 16800 Pasir Puteh, Kelantan (Koordinat - 5.8480436,102.3404901)
Atau anda juga boleh buat carian lokasi SMITI Tahfiz Tok Guru di Waze atau Google Maps.
Hasrat Murni Kami, Asrama Khas Buat Para Pelajar
Untuk makluman anda, disebabkan kekangan kewangan,
kami terpaksa menempatkan para pelajar tahfiz kita di bangunan sementara yang mana terletak bersama bangunan pentadbiran dan kelas.
Hal ini terkadang memberikan kesukaran & gangguan privasi buat para pelajar terutama pelajar perempuan. Namun, itu sahaja kemampuan yang kami miliki setakat ini.
Oleh sebab itu, pembinaan asrama tetap buat pelajar menjadi tujuan utama kami sekarang agar para pelajar dapat menghafaz Al-Quran dengan sebaiknya serta mampu fokus kepada pembelajaran mereka 100% dengan selesa.
Kami menjangkakan
bulan Januari 2023
adalah permulaan pembinaan Asrama 3 tingkat pelajar perempuan dan asrama 3 tingkat pelajar lelaki yang tetap. Anggaran keperluan kasar untuk asrama ini adalah sebanyak
RM 800 ribu
satu blok, menjadikan sasaran kutipan asrama memerlukan sebanyak
RM 1.6 juta
pada tahun ini.
Pelan Bangunan Asrama Tetap 3 Tingkat
Walaupun jumlah terkumpul di atas mencecah
RM1.6 juta
namun kami sangat yakin ramai antara kita yang sudi untuk sama-sama membantu dalam merealisasikan hasrat murni ini bagi menyediakan sebuah prasarana dan kemudahan terbaik buat anak-anak pelajar hafiz kita.
Gambaran landskap SMITI Tahfiz Tok Guru selepas semua projek pembangunan dan penyelenggaraan selesai 100%
Dengan ini, kami membuka peluang untuk anda berwakaf bagi pembinaan asrama kekal pelajar tahfiz di SMITI dengan beberapa pakej pilihan
Pakej Wakaf D - RM30
Pakej Wakaf C - RM50
Pakej Wakaf B - RM100
Setiap Kebajikan Mereka, Amal Jariah (Pahala Berterusan) Buat Anda
Bayangkan,
setiap kebajikan yang anak-anak pelajar SMITI Tahfiz Tok Guru laksanakan termasuk menghafaz al-Quran dengan baik, setiap bait huruf al-Quran yang dibaca & setiap ilmu yang dipelajari dan diamalkan mereka mampu menjadi
amal jariah (berterusan) buat anda
disebabkan derma dan wakaf yang anda salurkan secara ikhlas khas buat mereka sehingga mereka mampu belajar dengan baik.
Moga-moga amal jariah (pahala berterusan) inilah yang mampu menjadi saham akhirat serta bantuan buat kita ketika bertemu dengan Allah Taala di akhirat kelak.
Penghargaan Kami Buat Anda Para Pewakaf
Ya. Kepada anda yang berwakaf melalui web ini, kami dari SMITI Tahfiz Tok Guru berbesar hati memberikan kepada anda
3 Bonus Khas Percuma bernilai RM 227.00.
Pemberitahuan Ringkas
1. Bagi wakaf online mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Nilai wakaf anda adalah termasuk RM1.00 caj payment gateway Toyyibpay.
3. SMITI Tahfiz Tok Guru diuruskan oleh Pusat Tahfiz Turath Tok Guru. Nama pada akaun bank adalah menggunakan nama "PUSAT TAHFIZ TURATH TOK GURU".
Pilihan Kaedah Berwakaf Buat Anda
Anda boleh berwakaf sama ada:
a.
Secara manual
b.
Secara online
di laman web ini -
sila isi borang wakaf di bahagian bawah
(resit wakaf disediakan)
.
a. Wakaf Secara Manual
Sekiranya anda ingin berwakaf secara manual, di bawah ini kami sertakan maklumat akaun SMITI Tahfiz Tok Guru:
Maybank: 553010642856
PUSAT TAHFIZ TURATH TOK GURU
Sila masukkan perkataan "wakaf" pada bahagian reference bagi memudahkan proses agihan wakaf.
Dan jika anda ingin dapatkan 3 Bonus Percuma di atas selepas membuat wakaf secara manual, anda boleh WhatsApp kepada Team kami di
+6011 5427 0757
untuk dapatkan akses bonus dengan memberikan resit wakaf.
.
b.
Wakaf Secara Online (Resit Wakaf Disediakan)
Dengan 5 Langkah Mudah Sahaja
-
Pilih pakej wakaf anda pada borang di bawah
-
Masukkan nama, emel dan no. telefon anda
-
Pilih perbankan dalam talian untuk pembayaran secara online
-
Klik butang “Teruskan ke Pembayaran”
-
Pilih online banking anda (Maybank2u, Cimbclicks, etc) untuk selesaikan proses wakaf
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
+6013-946 6880
Ustaz Wan Abu Bakar Wan Mahussin,
Pengerusi Pusat Tahfiz Turath Tok Guru merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengurus SMITI Tahfiz Tok Guru
" Kami doakan semoga setiap ringgit yang anda wakafkan menjadi asbab
dimurahkan
rezeki anda sekeluarga serta menjadi saham akhirat buat anda ketika bertemu Allah Taala kelak "
Sila Isi Borang di Bawah Untuk Wakaf Secara Online (Resit Wakaf Disediakan)
Daftar